Nvidia Memperlihatkan Gameplay Battlefield V Di PC – Mod Grand Operations

Acara EA Play menyaksikan bagaimana Battlefield V dimainkan di PC, terima kasih kepada Nvidia! Gameplay itu dirakam menggunakan GeForce GTX 1080 Ti yang menunjukkan mod baru Grand Operations di peta Narvik. Boleh lihat video di bawah.

Permainan ini akan menggunakan ciri-ciri seperti driver Game Ready dan tetapan Optimal Playable. Ini membantu pemain yang tak pasti tetapan grafik mana paling sesuai untuk mereka; ia juga membantu kadar frame menjadi lebih lancar.

DICE juga mengumumkan Battlefield V akan mempunyai mod Battle Royale, tiada loot boxes dan ada trailer terbaru.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+