Octopath Traveler akan dilancarkan pada 28 Oktober ini di Jepun untuk iOS dan Android

Permainan RPG Square Enix, Octopath Traveler nampaknya akan menerima versi peranti pintar yang berjudul Octopath Traveler: Champions of the Continent.

Bagaimanapun, ia hanya akan dilancarkan di pasaran Jepun saja pada 28 Oktober ini untuk iOS dan Android.

Champions of the Continent akan menempatkan pemain dalam satu perlawanan sistem giliran (turn-based) melawan tiga antagonis.

Dari segi gaya permainan, ia akan sama seperti Octopath Traveler yang asli. Setakat ini, tiada pengumuman rasmi bila versi global akan dilancarkan.

RELATED NEWS

+