Okami HD Akan Dilancarkan Di Nintendo Switch Pada 9 Ogos 2018

Sebelum ini, Okami dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC tak lama dulu. Kini, versi HD pula dilancarkan.

Terbaru, Capcom mengumumkan tarikh 9 Ogos bagi pelancaran rasmi Okami HD di Nintendo Switch. Berita itu diumumkan di Twitter mereka. Capcom terlalu excited sehingga mengumumkan pra tempah lebih awal daripada tarikh sepatutnya tapi mengulas lanjut pra tempah itu hanya dibuka sebelum Ogos.

Permainan itu akan dikeluarkan di Amerika Syarikat dan collector’s edition di Jepun. Walaaupun belum sahih, mungkin Jepun juga akan mendapat edisi fizikal untuk permainan itu.

Sumber: Destructoid

RELATED NEWS

+