ONIC Esports ranking pertama, layak ke upper bracket di playoff MPL Indonesia

Lapan pasukan bertanding untuk mendapatkan tempat di peringkat playoff di dalam regular season MPL Indonesia musim ketujuh. Mereka yang berada di tempat ke 7 dan ke 8 akan disingkirkan untuk bermain di peringkat playoff. 

Minggu terakhir penentuan ini menyaksikan pasukan Geek Fam dan Aurafire terlepas peluang mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. 

Onic Esports yang merupakan bekas juara MPL Indonesia musim ketiga nampaknya sangat konsisten dengan permainan mereka, mereka berjaya menundukkan pasukan-pasukan yang berkaliber di dalam pertandingan ini.

Meskipun patch didatangkan sewaktu pertandingan, mereka dilihat mampu menyesuaikan diri dengan meta yang terkini. Ini merupakan salah satu kelebihan pasukan Onic berbanding yang lain.

Selain itu, Onic Esports hanya mengalami 3 kekalahan di dalam 14 permainan yang mereka bermain, dengan mata agregat sebanyak +12 menjadikan mereka pasukan yang automatic layak ke peringkat playoff dan bermain di dalam pusingan upper bracket.

Manakala pasukan EVOS Legends dan Sang Raja juga tidak ketinggalan jauh di belakang. Mereka masih berpeluang untuk mendapatkan tempat di upper bracket berdasarkan keputusan pada esok hari. 

Mampukah Sang Raja memberikan tamparan hebat kepada pasukan EVOS Legends kali ini. Adakah prestasi EVOS Legends yang mula goyah baru-baru ini dapat dikembalikan di dalam perlawanan kemuncak pada hari esok? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+