Onimusha: Warlords Remastered Mempamerkan Aksi Combat Dalam Video Gameplay Baru

Capcom melancarkan satu klip video gameplay pertama bagi Onimusha: Warlords versi remastered yang semestinya membangkitkan nostalgia korang bermain game klasik ini.

Video gameplay terbaru mempamerkan pelbagai aksi libasan pedang Samanosuke Akechi serta pergerakan pantas dan lincah Kaede untuk mengalahkan raksasa dan syaitan dalam game ini.

Selain menghunus pedang samurai ikonik, Oni Gauntlet juga diperlihatkan buat pertama kali iaitu sebuah sarung tangan yang memberi kuasa lebih terhadap pedangnya dengan ‘menyedut’ roh-roh musuh.

Saksikan sedutan aksi combat Samanosuke dan Kaede dalam video gameplay Onimusha: Warlords di bawah:

Versi remastered Onimusha: Warlords diumumkan pada Ogos lalu dan diperbaharui dengan ciri-ciri baru seperti grafik berdefinisi tinggi, sokongan widescreen dan kawalan analog stick untuk pengalaman Onimusha di konsol moden.

Bukan itu sahaja, game berusia 17 tahun ini akan mengekalkan perspektif kamera tetap (fixed camera angle) dan memperkenalkan pilihan ‘Easy Mode’ serta mendapat soundtrack baru.

Onimusha: Warlords Remastered bakal dilancarkan pada 15 Januari 2019 untuk PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Sumber: VG 24/7

RELATED NEWS

+