Overwatch Raikan Segalanya D.Va Dalam Nano Cola Challenge, Dapatkan Spray Dan Skin Baru!

Oh, yeah! Game on!

Bersempena dengan pelancaran filem animasi pendek Overwatch berjudul “Shooting Star” yang menampilkan D.Va bersama-sama dengan pengumuman map terbaru Busan semasa di Gamescom baru-baru ini, Blizzard mengajak korang untuk sertai D.Va Nano Cola Challenge pula!

Bermula pada hari ini sehingga 10 September, korang bakal menerima segalanya bermotifkan D.Va seperti dua spray, ikon pemain dan juga skin D.Va Nano Cola yang pernah muncul dalam filem animasi pendek D.Va!

Korang boleh dapatkan barangan kosmetik ini dengan hanya perlu menang 9 perlawanan dalam Quick Play, Arcade atau Competitive Play. Barangan eksklusif D.Va akan diberikan kepada pemain secara berperingkat-peringkat iaitu 3 kemenangan akan berikan korang 2 spray D.Va, 6 kemenangan untuk ikon baru manakala menang 9 perlawanan akan menghadiahkan skin Nano Cola.

Bukan setakat itu sahaja, korang boleh dapat lagi 8 spray D.Va yang comel dengan menonton beberapa livestream di Twitch oleh streamer yang berkolaborasi bersama Blizzard sepanjang dua minggu ini.

Pastikan korang sambung akaun Blizzard ke akaun Twitch terlebih dahulu dan sertai livestream mereka bermain Overwatch mengikut tempoh ditetapkan untuk dapatkan kesemua 8 spray seperti tertera di bawah:

Untuk tahu siapakah streamer terpilih sepanjang D.Va Nano Cola Challenge dan dapatkan printable poster D.Va secara percuma, klik di sini.

Overwatch kini boleh dimainkan untuk PC, PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+