Pasukan PUBG, Team Asbol Ingin Beraksi Cemerlang Dalam Predator League 2019 Esok

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah permainan video yang pertama kalinya dimasukkan ke dalam Acer APAC Predator League 2019.

Kita juga menyaksikan wakil Malaysia, Team Asbol yang melepasi pusingan kelayakan Malaysia dan akan bertarung dengan 15 pasukan lain dari serata Asia Pasifik bermula esok hingga Ahad ini. 

Asbol diwakili oleh Hannan Hamzah (reignzera-), Yusuf Hakim Neo Abdullah (BAMCOP), Muhammad Yamin Borhanudin (EdscoRex), Aliff Azman (bladee_) dan Agus Salim Amran (hahagus). Mereka akan merebut hadiah wang tunai terkumpul USD250,000 (RM1 juta)!

MyGameOn berpeluang menemubual pasukan ini yang kini sudah bersiap sedia untuk bermain demi negara!

Satu-satunya skuad PUBG dari Malaysia, mereka turut memenangi RM15,000 di pusingan kelayakan Malaysia yang lepas.

MyGameOn: Macam mana preparation korang untuk kejohanan ini?

Team Asbol: Kami pernah bermain bersama pasukan lain yang juga menyertai kejohanan ini. Selama 2 bulan kami berlatih dengan kira-kira 10 jam sehari diperuntukkan. 

Sebagai satu-satunya wakil dari Malaysia, pastinya kami agak gementar tapi akan cuba yang terbaik. Malah, kami rasa kalau Predator League ini diteruskan, pastinya lebih ramai pasukan berbakat akan lahir dari kejohanan ini.

MyGameOn: Apa pendapat korang tentang Point System (format) yang digunakan dalam kejohanan kali ini?

Team Asbol: Kami rasa ia sangat bagus kerana format ini digunakan di liga nasional PUBG contohnya di Amerika Syarikat yang dimulakan pada awal Februari. Point system ini adil sebab dulu kalau ikut placement senang dapat mata tinggi walaupun kill tak banyak. Contoh kalau pasukan ni camping dan mendapat placement nombor satu atau dua, mereka mudah kumpul mata kerana skor bagi placement itu tinggi.

Sekarang, placement yang baik memberikan hanya 10 mata untuk tempat pertama dan satu kill, satu mata. Ia memaksa kesemua pasukan menjadi agresif dan bermain dengan lebih taktikal untuk mengumpulkan kill sebanyak yang mungkin. Ia lebih selaras dan sesuai untuk semua pasukan tanpa mengira skill level.

MyGameOn: Pasukan mana yang paling kuat sekali untuk kejohanan kali ini?

Team Asbol: Kami rasa pasukan paling kuat sekali ialah Ark Angel dan Game Home kerana mereka pernah bermain di peringkat antarabangsa dan di negara mereka sendiri pun banyak kali ada liga profesional. Berbeza berbanding kita.

Walau sesukar mana pun, kami tetap berharap untuk buat yang terbaik dan peroleh tempat pertama untuk Malaysia!

RELATED NEWS

+