PEI2021: Dingoz MPX Chicken, berjaya dapatkan RM38,000

Pasukan Malaysia, Dingoz MPX yang beraksi di kejohanan Jemputan Peace Elite Asia (PEI 2021) berjaya membawa pulang RM38,000 selepas mengumpulkan mata bunuh terbanyak di peta Sanhok (peta kelapan).

Kini, mereka di kedudukan ketujuh dengan pengumpulan 56 mata keseluruhan dan satu Winner Winner Chicken Dinner.

Mengikut kiraan pada hari kedua, sebanyak ¥60,000 ((RM38,000) diberikan kepada pasukan yang mendapatkan mata bunuh tertinggi setiap perlawanan.

Foto: Warga J

PEI 2021 boleh disaksikan di page Facebook Onthego dan juga Master Ramen.

Dingoz MPX sebelum ini menjadi juara liga PMPL MYSG S3 selepas meraih tempat pertama dengan perbezaan hanya enam mata dengan Team Secret.

Dingoz dan Team Secret kemudiannya dijemput menyertai kejohanan Peace Elite Asia Invitational (PEI 2021).

Kejohanan tersebut adalah untuk permainan Game For Peace iaitu PUBG Mobile versi China.

PEI 2021 menawarkan hadiah terkumpul kira-kira RM1.9 juta.

RELATED NEWS

+