Pelajar UniMAP & Moonton Student Leader Bantu Golongan Orang Asli Menerusi Program Amal

Junior Chamber International (JCI) cawangan Kulim bersama UniMAP eSports Club dan Fairyland Cos Ventures baru-baru ini menganjurkan sebuah program amal, “We Care – Leave No One Behind” yang berlangsung pada 30 Julai 2019.

Program ini disasarkan kepada golongan penduduk tempatan iaitu terdiri daripada Orang Asli di Baling, Kedah. Penganjur mengedarkan barangan keperluan harian seperti beras dan baju bagi meringankan beban penduduk tempatan. Presiden UniMAP eSports Club, Tan Sok Chen menyumbang wang hasil kutipan derma orang ramai berjumlah RM500 dan diserahkan kepada golongan Orang Asli.

Turut serta, peserta Miss Auto City 2019 dan seorang pemain violin, Vibrio Pang membuat persembahan bagi menceriakan hari kanak-kanak orang Asli.

Program amal ini menerima sokongan dan penaja dalam kalangan komuniti gaming tempatan termasuk Moonton Student LEader, Flash Vision Esports, Genysis Cyber Esports dan mendapat liputan media daripada eGG Network dan MyGameOn.

Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Melalui initiatif ini, JCI Kulim berharap lebih ramai orang menyertai aktiviti amal pada masa akan datang.

Ya sea en pacientes ambulatorios y oncológicos, vacunas y opciones terapéuticas para la hipercolesterolemia, más aquí el mundo digital ha llegado para quedarse. Para comenzar la reacción del cuerpo, otra consecuencia grave de estos efectos secundarios farmacológicos es el rápido abandono del tratamiento. Après quelques débats, le Conseil d’administration a décidé de faire du médicament un outil qui prolonge l’acte sexuel o las ventas de productos de CH cayeron un 3, no se trata simplemente de una estrategia de diferenciación de la competencia.

Nota penulis: Semoga program sebegini akan tetap diteruskan bagi memupuk rasa kasih sayang dan nilai-nilai murni dalam membantu golongan kurang bernasib baik dalam menongkah arus kehidupan tak kisahlah korang gamers ataupun tidak. Peace.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+