Pelakon Alih Suara ‘Bill Overbeck’ Dalam Left 4 Dead – Jim French Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

Masih ingat Bill dalam Left 4 Dead? Karakter yang sangat caring, leaderlike dan cool sepanjang masa dengan rokok di tepi bibir. 

Bagi peminat Left 4 Dead, pastinya menyedihkan apabila mendengar khabar voice actor, Jim French untuk karakter Bill Overbeck kini telah meninggal dunia pada umur 89 tahun. 

Dulunya seorang veteran di World War II, French adalah salah seorang voice actor sepenuh masa yang juga menerbitkan teater radio di stesen komersial di Amerika Syarikat.

Dalam peranannya sebagai William “Bill” Overbeck (Left 4 Dead), karakter itu adalah seorang veteran dari Vietnam yang juga salah seorang daripada empat original survivor menempuh wabak zombi.

Walaupun pemain boleh memilih seorang daripada empat yang terselamat, Bill adalah yang paling dikenali sebagai ketua pasukan kerana umurya dan khidmat dalam military service. Pesonanya dilihat daripada beret Special Forces dan menghisap rokok.

James R. French dilahirkan pada 1929 di Seattle. Ketika Perang Dunia ke-2, dia seorang penulis dan penyampai berita untuk rancangan mingguan yang disiarkan untuk Armed Forces Radio Service. Selepas tamat perang, dia kembali ke kampung halaman dan meneruskan karier penyiaran. 

Pencapaiannya adalah mendapat kredit untuk penulisan dan persembahan lebih daripada 500 siaran rancangan ketika televisyen begitu popular dan menjadi medium harian.

 

Dia juga dikenali dengan kerjanya mengalih suara Father Grigori dalam Half Life 2 dan Elder Titan Dota 2. Ketiga-tiganya diterbitkan oleh Valve Corp.

RELATED NEWS

+