Pelancaran Crysis Remastered ditangguh

Beberapa hari yang lalu, maklumat mengenai tarikh pelancaran permainan video Crysis Remastered telah tertiris akibat judul tersebut disenaraikan di Microsoft Store terlalu awal. Maklumat tersebut tepat tetapi ia kini telah diubah.

Crytek telah mengeluarkan kenyataan untuk memberitahu bahawa pelancaran Crysis Remastered telah ditangguh selama “beberapa minggu“. Malangnya, studio tersebut tidak menyatakan sebuah tarikh pelancaran baharu.

Menurut kenyataan daripada Crytek, penangguhan ini dilakukan kerana studio tersebut ingin menggilapkan lagi judul tersebut agar ia menepati jangkaan para peminat siri Crysis.

Crytek juga menyatakan mereka sedar tentang ketirisan maklumat yang telah berlaku baru-baru ini dan mereka mengambil kira segala maklum balas dan reaksi peminat, tidak kira negatif atau positif.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+