Pelancaran filem Monster Hunter ditunda ke April 2021

Filem Monster Hunter yang diarahkan Paul W.S. Anderson dan dibintangi oleh Milla Jovovich dan Tony Jaa kini telah ditunda pelancarannya ke 23 April 2021. Pada asalnya, ia dijadualkan untuk mula ditayangkan pada 4 September tahun ini.

Sebab disebalik penundaan ini tidak dilaporkan tetapi kemungkinan besar ia berlaku disebabkan oleh pandemik COVID-19. Proses penggambaran filem tersebut telah bermula pada Oktober 2018.

Dalam filem Monster Hunter ini, sekumpulan askar Negara-negara Bersatu terjatuh ke dalam sebuah portal yang membawa mereka ke dunia Monster Hunter.

Sumber: Deadline

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+