Pelancaran Gran Turismo 7 ditangguh ke tahun 2022

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan penangguhan pelancaran permainan Gran Turismo 7. Ia sepatutnya dilancarkan pada tahun ini dan kini pembangunnya Polyphony Digital menyasarkan pelancaran pada tahun tahun depan.

Seperti kebanyakan pembangun permainan video lain di seluruh dunia, proses pembangunan permainan ini telah mengalami pelbagai gangguan akibat pandemik COVID-19. Cabaran-cabaran ini merupakan punca utama penangguhan Gran Turismo 7.

Selain daripada Gran Turismo 7, permainan-permainan PlayStation 5 (PS5) lain yang telah ditangguh adalah Returnal (30 April 2021), Far Cry 6 (Mei 2021), dan Hogwarts Legacy (2022). Jika anda masih belum membeli sebuah konsol PS5, ini mungkin boleh dianggap berita baik kerana masih banyak permainan hebat PS5 belum dilancarkan.

Sumber: GQ

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+