Pelancaran Hogwarts Legacy ditunda ke 2022

Pelancaran permainan sihir dunia terbuka Hogwarts Legacy telah ditunda ke tahun 2022. Perkara ini diumumkan oleh penerbitnya Warner Bros. Interactive Entertainment.

Permainan yang berlangsung dalam dunia Harry Potter ini sepatutnya dilancarkan pada tahun ini. Warner Bros. Interactive Entertainment menyatakan bahawa penangguhan ini terpaksa dilakukan untuk memberikan masa yang secukupunya dalam proses pembangunan.

Walaupun ini adalah satu berita yang mengecewakan, ia bukan sesautu yang tidak disangka. Pandemik COVID-19 menyebabkan gangguan terhadap usaha pembangunan permainan video di seluruh dunia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+