Pelancaran musim baharu Call of Duty: Mobile dan Modern Warfare ditangguh

Activision telah mengumumkan bahawa pelancaran untuk musim-musim baharu bagi kebanyakan permainan video mereka telah ditangguh apabila mengambil kira pergolakan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.

Perkara ini dikongsikan melalui akaun rasmi Twitter Call of Duty. Mereka menyatakan musim ke-empat Call of Duty: Modern Warfare, dan musim ke-tujuh Call of Duty: Mobile akan ditangguh sehingga tarikh yang belum ditetapkan.

Pada asalnya, musim baharu judul-judul tersebut sepatutnya dilancarkan pada minggu ini. Activision menyatakan mereka membuat keputusan kerana mereka mahu “keadilan dan pengubahan dapat didengar dan dilihat”.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+