Pelancaran No Straight Roads ditangguh, tidak akan tiba pada 30 Jun 2020

Wan Hazmer, pengarah permainan video No Straight Roads di studio tempatan Metronomik, telah mengumumkan bahawa pelancaran No Straight Roads terpaksa ditangguh dan tidak akan dilancarkan pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Berita ini disampaikan melalui sebuah video yang dimuat naik oleh Wan Hazmer di Facebook. Beliau menyatakan penangguhan ini berlaku akibat pandemik COVID-19 yang menimbulkan pelbagai masalah.

Pada waktu ini, tarikh pelancaran No Straight Roads di beberapa kedai mungkin ditetapkan pada 31 Ogos 2020 tetapi tarikh tersebut hanya diletakkan sementara menunggu tarikh pelancaran baharu.

Seperti ramai peminat di luar sana, Wan Hazmer dan pasukannya di Metronomik turut merasa kecewa dengan penangguhan ini. Walaubagaimanapun, masih terdapat aktiviti yang menarik seperti Pertandingan #StayHomeAndRap yang boleh disertai oleh warganegara Malaysia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+