Pemain Tottenham Hotspur Dele Alli kini menjadi duta Excel Esports

Nama Dele Alli sememangnya terkenal dalam dunia bola sepak. Pemain tengah Tottenham Hotspur tersebut juga semakin popular dalam dunia e-sukan. Baru-baru ini beliau telah menandatangani perjanjian bersama syarikat e-sukan Excel Esports untuk menjadi duta global syarikat tersebut.

Kebelakangan ini, beliau nampaknya banyak mengisi masa lapang dengan bermain Call of Duty: Black Ops Cold War dan menyiarkan sesi permainannya kepada 133,000 pengikutnya di Twitch. Selain itu, HyperX juga telah menjadikan beliau duta jenama mereka.

Dele bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai duta syarikat tersebut tetapi beliau juga akan membantu pemain-pemain Excel Esports dengan latihan psikologi. Pengalaman beliau sebagai pemain bola sepak antarabangsa amat berharga dari segi perkara-perkara seperti pengurusan tekanan dan pemulihan selepas kekalahan.

Excel Esports merupakan sebuah syarikat e-sukan British yang bertapak di London. Pasukan League of Legends mereka ialah salah satu pasukan yang bertanding dalam kejohanan League of Legends European Championship (LEC). Mereka juga mempunyai sebuah pasukan Fornite yang pernah menjadi naib juara Fortnite Champion Series Invitational: Chapter 2 Season 2 Europe.

Untuk maklumat lanjut tentang Excel Esports, anda boleh melayari laman Twitter rasmi mereka.

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+