Pembelian peranti baru selepas 22 Oktober dapat tiga bulan langganan Apple Arcade

Apple hari ini mengumumkan sebarang pembelian produk mereka seperti iPhone, iPad, iPod Touch, Mac atau Apple TV selepas 22 Oktober akan menerima tiga bulan langganan Apple Arcade secara percuma.

Terdapat lebih 100 permainan mudah alih ditawarkan dalam Apple Arcade ini dan kebanyakannya mencabar serta seronok dimainkan.

Pengumuman ini dibuat selepas pengumuman iPhone 12 (yang juga didatangkan dengan permainan mudah alih baharu, League of Legends: Wild Rift).

Tak lama lagi Apple juga akan menawarkan servis perkhidmatan yang didatangkan dalam bentuk bundle, dipanggil Apple One. Ia menyertakan Apple Music, Apple TV Plus, Apple Arcade, Apple News Plus dan iCloud.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+