Pembentangan digital Devolver Direct akan berlangsung pada 12 Julai

Devolver Digital merupakan syarikat penerbitan permainan video yang terkenal dengan judul-judul seperti My Friend Pedro dan Katana Zero. Pada bulan ini, mereka akan mengadakan sebuah acara pembentangan digital untuk menunjukkan permainan video baharu mereka.

Mengikut waktu Malaysia, acara Devolver Direct ini akan berlangsung pada 12 Julai pada waktu 3AM. Anda boleh menontonnya secara langsung melalui Twitch dan juga Steam.

Devolver Digital menjanjikan pengumuman pelbagai permainan video baharu, penunjukkan trailer, dan juga pelancaran demo percuma. Seperti pembentangan lain yang pernah dilakukan oleh Devolver Digital, pembentangan ini akan mempunyai pelbagai adegan lucu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Devolver Digital dan Devolver Direct, anda boleh melayari laman web rasmi Devolver Digital.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+