GDC Summer 2020."> GDC Summer 2020." /> GDC Summer 2020." />

Pembentangan GDC 2020 Kini Boleh Ditonton Secara Percuma

Pada minggu lepas, Informa Tech mengumumkan bahawa Game Developers Conference (GDC) 2020 akan ditunda ke bulan Ogos 2020 akibat penularan wabak COVID-19. Walaubagaimanapun, ia akan menjadi sebuah acara baru bernama GDC Summer 2020.

Beberapa ceramah dan pembentangan yang sepatutnya dikongsi di GDC 2020 telah pun dirakam dan kini boleh ditonton secara percuma oleh sesiapa sahaja melalui saluran Twitch GDC atau laman web GDC Vault.

Pihak penganjur juga mengumumkan mereka akan memuat naik semua ceramah dan pembentangan tersebut ke saluran YouTube GDC pada masa akan datang.

Bagi mereka yang bekerja dalam bidang pembangunan permainan video atau berminat untuk menerokai bidang tersebut, ini merupakan peluang yang baik untuk menimba ilmu sementara menurut Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+