Pembentangan permainan video PS5 akan berlangsung pada 5 Jun 2020

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa sebuah pembentangan khas akan diadakan untuk menunjukkan permainan video yang akan dilancarkan untuk konsol mereka yang seterusnya iaitu PlayStation 5 (PS5).

Pembentangan ini bertajuk “PS5: The Future of Gaming” dan ia akan disiarkan secara langsung pada 5 Jun 2020 bermula pada 4AM waktu Malaysia. Ia boleh ditonton di YouTube, Twitch, dan laman web rasmi PlayStation.

Pada waktu ini, masih tiada banyak judul baharu PS5 yang telah didedahkan. Nampaknya, pembentangan ini akan mengubah perkara tersebut. Pastikan anda menanda kalendar anda agar anda dapat menonton siaran langsung yang menarik ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+