Pendaftaran PMCO kini dibuka, prizepool sebanyak RM6.4 juta jadi rebutan

Kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) sekali lagi membuka pendaftarannya, kini untuk tahun 2021 bagi Malaysia dan juga Singapura.

PMCO dikhaskan sebagai kejohanan semi profesional di skala global. Ia akan disediakan untuk 27 rantau dan pendaftaran sudah dibuka sehingga 24 Januari ini.

Penambahan slot untuk PMCO bermakna lebih ramai pemain dapat merasai pengalaman kompetitif dan mendaki tangga ranking sebagai pasukan terbaik di peringkat lebih tinggi.

Sebanyak AS$14 juta (RM56 juta) disediakan untuk e-sukan PUBG Mobile manakala PMCO memperoleh AS$1.6 juta  (RM6.4 juta) untuk kedua-dua pecahan kejohanannya, Spring Split dan Fall Split.

Anda boleh mula mendaftar pasukan masing-masing di laman sesawang ini.

Pusingan kelayakan akan bermula pada 1 hingga 7 Februari 2021 manakala bagi yang mara akan bertanding pula di peringkat serantau pada 16 Februari hingga 21 Februari 2021.

Peringkat akhir serantau akan diadakan pada 24 hingga 28 Februari 2021.

Bagi pasukan yang terbaik pada PMCO, akan layak ke Liga Profesional (PMPL) musim ketiga bagi memperoleh tiket ke kejohanan dunia, PMGC.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+