Rainbow Six Siege Operation League merupakan kejohanan Rainbow Six Siege (R6) pertama di Asia Tenggara. Ia dibuka untuk pemain dari Malaysia, Singapura, Filipina, dan Indonesia."> Rainbow Six Siege Operation League merupakan kejohanan Rainbow Six Siege (R6) pertama di Asia Tenggara. Ia dibuka untuk pemain dari Malaysia, Singapura, Filipina, dan Indonesia." /> Rainbow Six Siege Operation League merupakan kejohanan Rainbow Six Siege (R6) pertama di Asia Tenggara. Ia dibuka untuk pemain dari Malaysia, Singapura, Filipina, dan Indonesia." />

Pendaftaran Untuk Rainbow Six Operation League Malaysia Kini Dibuka

Rainbow Six Siege Operation League merupakan kejohanan Rainbow Six Siege (R6) pertama di Asia Tenggara. Ia dibuka untuk pemain dari Malaysia, Singapura, Filipina, dan Indonesia.

Pendaftaran untuk kejohanan Rainbow Six Siege Operation League MY kini dibuka dan akan ditutup pada 18 Mac 2020. Setiap pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan perlu ada sekurang-kurangnya lima pemain (maksimum enam).

Pasukan Malaysia boleh mendaftarkan diri di sini.

Berikut adalah peraturan dan syarat-syarat untuk pendaftaran:

  • Sekurang-kurangnya tiga pemain yang berasal dari Malaysia atau mempunyai status penduduk tetap (tidak termasuk pemain tambahan).
  • Hanya pemain yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja boleh menyertai kejohanan ini.

Pusingan kelayakan dalam talian akan berlangsung pada 21 dan 22 Mac 2020. Kemenangan untuk setiap perlawanan diputuskan secara best of one dan kemenangan untuk perlawanan yang melayakkan pasukan ke Group Stage pula diputuskan secara best of 3.

Selain daripada dua pasukan tersebut, tiga lagi pasukan akan layak ke Group Stage secara jemputan terus (direct invite).

Dua pasukan terbaik dari pusingan kelayakan ini akan dimasukkan ke pusingan Group Stage di mana mereka akan berdepan dengan pasukan-pasukan dari negara-negara lain.

Pusingan Group Stage akan berlangsung secara dalam talian pada 4 April 2020.

Empat pasukan terbaik dari Group Stage akan layak untuk bertarung di Grand Finals yang akan diadakan di The High Grounds Cafe, Filipina pada 25 April 2020.

Perlawanan di Grand Finals akan dimain mengikut format best of 5 dan para pemenang akan membawa pulang sebahagian daripada hadiah terkumpul yang berjumlah AS$10,000 (RM41,000).

Jika anda berminat untuk menyertai kejohanan ini, disarankan membaca senarai peraturan dan sertai saluran Discord untuk Rainbow Six Operation League.

Sumber: Battle Arena Malaysia

Foto: R6BR

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+