Penebusan game percuma di Epic Games Store perlu pengesahan dwi faktor buat sementara waktu

Sejak pelancaran platform Epic Games Store (EGS) di PC, ia menawarkan sekurang-kurangnya satu permainan video percuma pada setiap minggu. Pada minggu ini, anda perlu meningkatkan keselamatan akaun EGS anda untuk tebus permainan percuma.

Bermula dari 28 April sehingga 21 Mei 2020, pengguna EGS perlu mengaktifkan pengesahan dwi faktor untuk memasukkan permainan percuma yang ditawarkan platform tersebut ke dalam akaun mereka.

Secara amnya, pengesahan dwi faktor memerlukan anda untuk membuat pengesahan kali kedua apabila melakukan apa-apa urusan seperti membeli permainan video dan menebus permainan percuma di EGS.

Pihak Epic Games menyatakan langkah ini digalakkan dengan cara ini kerana mereka mahu akaun para pengguna menjadi lebih selamat. Anda boleh langkah-langkah untuk mengaktifkan pengesahan dwi faktor untuk akaun EGS anda di sini.

Sumber: Epic Games

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+