Permainan barista buatan Indonesia Coffee Talk kini tiba di PS4

Pada awal tahun ini, studio pembangunan Indonesia Toge Productions telah melancarkan Coffee Talk di PC. Ia merupakan sebuah permainan video di mana anda bermain sebagai seorang barista kafe dan perlu membuat kopi serta berbual dengan pelanggan kedai anda.

Baru-baru ini, studio tersebut telah mengumumkan bahawa Coffee Talk kini telah dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) di beberapa negara Asia termasuk Malaysia. Anda boleh mendapatkan judul ini di PlayStation Store pada harga RM64.

Coffee Talk pernah menjadi salah satu permainan baharu paling popular di Steam semasa ia mula dilancarkan. Jika anda meminati permainan seperti VA-11 Hall-A, penulis mencadangkan anda cuba juga Coffee Talk.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+