Permainan multi-pemain Aliens: Fireteam diumumkan

Cold Iron Studios telah mengumumkan permainan sulung mereka iaitu Aliens: Fireteam. Ia merupakan sebuah permainan multi-pemain third-person shooter di mana para pemain perlu bekerjasama untuk menewaskan makhluk asing Xenomorph.

Permainan ini berlangsung 23 tahun selepas kesudahan trilogi filem Alien. Setiap pemain akan bermain sebagai seorang Colonial Marine yang menjawab panggilan kecemasan daripada kapal angkasa USS Endeavor.

Terdapat lima kelas berbeza yang boleh dipilih oleh pemain iaitu Gunner, Demolisher, Technician, Doc, dan Recon. Lebih daripada 30 jenis senjata 70 modifikasi yang boleh diguna untuk menjadikan pemain lebih kuat.

Aspek kerjasama sangat penting dalam permainan ini kerana terdapat lebih daripada 20 jenis musuh termasuk 11 jenis makhluk asing Xenomorph. Pelbagai jenis Xenomorph akan muncul dalam permainan ini termasuklah Facehuggers dan Praetorians.

Aliens: Fireteam akan dilancarkan di PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series, dan Xbox One pada suku ketiga tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+