Permainan PS5 Godfall keluarkan trailer acah tentang watak Silvermane

Antara permainan video PlayStation 5 (PS5) yang paling awal diumumkan ialah Godfall, sebuah permainan aksi yang sedang dibangunkan oleh Counterplay Games dan diterbitkan oleh Gearbox Publishing.

Sebuah trailer acah baharu untuk judul tersebut telah dilancarkan. Kali ini, ia menunjukkan sedikit tentang Silvermane, salah seorang watak yang muncul dalam trailer pendedahan yang dikeluarkan pada penghujung tahun lepas.

Pada waktu ini, Counterplay Games dan Gearbox Publishing masih belum mengongsikan banyak maklumat mengenai Godfall. Berdasarkan video permainan yang boleh ditonton di YouTube, nampaknya ia sebuah permainan hack n’ slash yang mempunyai persamaan dengan The Surge dan Nioh.

Godfall dijadualkan akan tiba di PC (Epic Games Store) dan PS5 pada penghujung tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Godfall.

RELATED NEWS

+