Permainan Seakan Left 4 Dead Sukar Dibangunkan – Pencipta Vermintide, Fatshark

Dah lama betul kita tak nampak game Left 4 Dead terbaru dan kemungkinan ia takkan hadir dalam masa terdekat melainkan Valve tiba-tiba ingin beri kejutan kepada kita. Apa pun, kita disajikan dengan penambahan map baru untuk permainan itu.

Tapi persoalannya, kenapa tiada lagi game yang dibangunkan mengikut stail Left 4 Dead? Berpandukan konsep survival dan exploration, Left 4 Dead masih relevan biarpun sudah berapa lama dikeluarkan. Ketua Pegawai Eksekutif Fatshark, Martin Wahlund mempunyai pendapatnya sendiri dalam hal itu.

Fatshark membangunkan permainan co-op Vermintide dalam siri Warhammer dan sedang dalam proses menyediakan sekuel. Ini kenyataan beliau bersama GameWatcher mengenai pembangunan game seakan Left 4 Dead.

“Ada beberapa sebab. Pertamanya, ramai orang takut untuk ‘campur tangan’ dalam genre Valve! kerana pada mulanya kami percaya, ia tentunya sukar untuk bersaing dengan yang terbaik dalam dunia.

“Pembangunan game itu sendiri sukar. Sistem pacing sukar dibuat, kami sudah cuba banyak eksperimen untuk sempurnakannya. Kamu boleh main game sebanyak 20 kali dan menjumpai bug pada kali ke-21. Contohnya, di Vermintide, sebelum ia dilancarkan secara rasmi, ia crash banyak kali kerana Rat Ogre menjatuhkan beberapa tikus termasuk Loot Rat ke dalam barrier menyebabkan Loot Rat tidak sampai ke destinasinya. 

“Ia satu dalam sejuta perkara yang sukar diuji dan berlaku banyak kali. Lagipun, unit pasukan AAA sedang melihat kepada permainan video yang bernilai tinggi seperti Modern Warfare,”

VERMINTIDE menggunakan konsep pengembaran dengan elemen fantasi

Permainan yang paling dekat dengan siri ini ialah Killing Floor 2 tapi ternyata, Left 4 Dead mempunyai tempatnya sendiri dalam siri Zombie yang membanjiri pasaran. 

Pembangun terkemuka mungkin masih teragak-agak untuk ‘mengusik’ genre yang didominasi oleh Valve ini dan sistemnya yang unik dengan replay value sangat tinggi. Apa pun, lihat klip video Vermintide ini yang memaparkan konsep boleh dikatakan ada persamaan dengan Left 4 Dead. Sekuelnya akan dilancarkan tahun depan di konsol dan PC.

RELATED NEWS

+