Permainan seram The Dark Pictures Anthology: Little Hope akan dilancarkan pada 30 Oktober

Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan bahawa judul seterusnya dalam siri permainan video The Dark Pictures Anthology iaitu Little Hope akan dilancarkan pada 30 Oktober ini di PC (Steam), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Trailer terbaru The Dark Pictures Anthology: Little Hope menunjukkan serba sedikit tentang permainan dan jalan cerita judul tersebut. Nampaknya ia berkisahkan tentang lima individu yang terperangkap di bandar Little Hope selepas sebuah kemalangan bas.

Judul ini dibangunkan oleh studio yang sama yang membangunkan The Dark Pictures Anthology: Man of Medan iaitu Supermassive Games. Sama seperti Man of Medan, ia juga akan mempunyai mod permainan single player dan multi-pemain secara dalam talian dan luar talian.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan pra-tempah judul ini melalui laman web rasmi The Dark Pictures.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+