Permainan video seram Blair Witch akan tiba di Nintendo Switch pada 25 Jun 2020

Pada tahun lepas, Lionsgate Games melancarkan permainan video Blair Witch di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Pada tahun ini, judul tersebut akan tiba di konsol yang lebih kecil.

Tarikh pelancaran Blair Witch versi Nintendo Switch telah diumumkan melalui sebuah trailer baharu daripada Bloober Team. Ia akan tiba di konsol tersebut pada 25 Jun 2020.

Selain daripada kualiti grafik yang berbeza, versi ini nampaknya sama sahaja dengan versi platform lain tanpa ada apa-apa penambahan. Jika anda memiliki Nintendo Switch dan minat bermain permainan video seram, mungkin ini judul yang sesuai untuk anda.

Permainan video Blair Witch dibuat berdasarkan filem The Blair Witch Project. Jalan cerita permainan video ini berlangsung dua tahun lepas tamatnya jalan cerita filem tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+