tertiris dan kini ia telah disahkan sebagai maklumat yang tepat."> tertiris dan kini ia telah disahkan sebagai maklumat yang tepat." /> tertiris dan kini ia telah disahkan sebagai maklumat yang tepat." />

Persona 4 Golden kini tiba di Steam secara rasmi

Pada minggu lepas, kami melaporkan bahawa maklumat mengenai Persona 4 Golden versi PC telah tertiris dan kini ia telah disahkan sebagai maklumat yang tepat.

Persona 4 Golden kini telah dilancarkan di Steam untuk PC. Ia dijual pada harga RM79 dan juga mengandungi buku seni digital serta muzik latar rasmi.

Judul ini pada asalnya dilancarkan di PlayStation Vita (PS Vita) pada tahun 2011. Oleh itu, versi PC ini tidak mempunyai keperluan spesifikasi yang tinggi.

Jika anda merupakan peminat Japanese role-playing game (JRPG) atau ingin mengimbas kembali kenangan manis bermain Persona 4, ini adalah satu judul yang anda patut beli!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+