PES 2020: Malaysia Mara Ke Grand Final AESF e-Masters 2020 Di Chengdu, China

Selepas berhempas pulas di Bangkok, Thailand, wakil eFootball PES 2020 negara, Norhaikal Md Noh (Haikal) dan Mohamed Azha (Lohan) akhirnya layak ke pusingan Grand Final (playoffs) AESF e-Masters 2020 di Chengdu, China pada 22 hingga 28 Februari ini.

AESF adalah Persekutuan Sukan Elektronik Asia, satu badan tadbir e-sukan di Asia dan diiktiraf oleh Majlis Olimpik Asia.

Mereka sebelum ini bermain di pusingan kelayakan serantau diadakan di Bangkok, Thailand.

Gandingan mereka berdua ini berjaya menewaskan Myanmar 2-0 dan Kemboja 2-1 namun tewas di tangan Indonesia di kumpulan B. 

Malaysia kemudiannya bertemu Vietnam di semi final namun tewas dan kemudian bertembung Thailand. Kemenangan ke atas negara Gajah Putih itu kemudiannya melayakkan Malaysia merebut slot keenam (di mana nombor ketiga Asia Tenggara berentap nombor dua Asia Tengah iaitu India).

Kemenangan ke atas India seterusnya melayakkan duo negara ini layak ke Grand Final di Chengdu, China.

Tahniah diucapkan kepada mereka! dan semoga berjaya nanti.

(Foto: Esports Malaysia)

TAGS

RELATED NEWS

+