Peta eksklusif baru, Livik akan hadir ke PUBG Mobile esok

PUBG Mobile akan melancarkan peta baru yang direka khas untuk platform mudah alih iaitu Livik. 

Peta yang memuatkan 52 orang pemain ini khas untuk peranti pintar dan dikatakan perlawanan akan berlangsung lebih cepat, lebih kurang 15 minit saja dan landskap yang lebih kecil sesuai dengan skrin lebih kecil.

Livik adalah peta Nordic yang merangkumi gunung bersalji, tanah hijau dan flora yang cantik. Peta ini juga membawakan senjata eksklusif yang sesuai untuk keadaan peta ini yang lebih kecil, termasuklah SMG P90 untuk perlawanan jarak dekat dan MK 12 marksman rifle untuk tembakan jarak jauh.

Peta Livik ini juga akan membawakan kenderaan eksklusif untuk permukaan berbukit bukau iaitu Monster Truck. 

Ia adalah sebahagian dari kemaskini 0.19.0 dan kesemua patch penuh boleh dibaca di SINI.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+