Update Baru PUBG Di Xbox One: Bug Fixes & Banyak Lagi

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di Xbox One dah menerima update terbaru dan ia memfokuskan kepada bug fixes, sokongan Game DVR dan penukaran lokasi permulaan yang sebelum ini hanya terhad kepada satu lokasi bagi semua pemain.

Sekarang PUBG mempunyai beberapa lokasi permulaan baru. Isu sebelum ini ialah 100 pemain di kawasan sama dan ia mengganggu server game itu. Tambahan, kesemua senjata juga dibuang dari lokasi permulaan.

Selain itu, terdapat perubahan damage dikenakan daripada objek seperti batu dan pokok. Warna bagi ahli skuad juga boleh dilihat lebih jelas dan anda boleh rotate karakter dengan mengubah tetapan di menu.

Dari segi bug fixes, beberapa sound effects air kedengaran lebih baik. Selain itu, bug sebelum ini yang menyebabkan karakter pemain mendarat di tempat berbeza dah dibaiki. Patch penuh boleh dilihat di laman web INI, di forum PUBG sendiri.

RELATED NEWS

+