PlayStation melantik Travis Scott sebagai Rakan Kreatif Strategik

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan bahawa meraka akan bekerjasama dengan penyanyi rap popular Travis Scott untuk projek-projek berkaitan dengan konsol PlayStation 5 (PS5).

Kerjasama ini juga melibatkan syarikat rakaman Travis Scott iaitu Cactus Jack Records. Menurut Eric Lempel, Naib Presiden Kanan Pemasaran Global PlayStation, kenangan indah Travis bersama jenama PlayStation dan juga pengetahuannya tentang jenama tersebut akan menjadi sumber inspirasi dalam kolaborasi ini.

Travis berkata: “Saya sangat teruja untuk mempertunjukkan semua projek yang telah diusahakan oleh Cactus Jack bersama Sony dan PlayStation. Saya juga tidak sabar untuk melihat respon daripada para peminat PlayStation dan saya juga ingin bermain bersama semua orang pada masa terdekat!”

Pada waktu ini, SIE masih belum mendedahkan apa-apa maklumat mengenai projek-projek hasil daripada kerjasama ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web PlayStation Blog.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+