Polygon, lebih daripada 50 game percuma diberikan khas untuk pelanggan PS Plus pada tahun ini."> Polygon, lebih daripada 50 game percuma diberikan khas untuk pelanggan PS Plus pada tahun ini." /> Polygon, lebih daripada 50 game percuma diberikan khas untuk pelanggan PS Plus pada tahun ini." />

PlayStation Plus: Dapatkan The Division & Steep Secara Percuma Untuk Januari 2019

Di saat 2018 melabuhkan tirainya, PlayStation Plus (PS Plus) telah memberikan koleksi game percuma yang bernilai RM6,200+ untuk platform PS4, PS3 dan PS Vita sepanjang tahun ini. Menurut laporan Polygon, lebih daripada 50 game percuma diberikan khas untuk pelanggan PS Plus pada tahun ini.

Pelanggan PlayStation Plus bakal memasuki tahun baru dengan dua game percuma yang dibangunkan oleh Ubisoft bersama satu game lagi untuk PS4 dan PS Vita. Apakah senarai penuh game percuma mereka tawarkan untuk bulan Januari 2019? Jom kita tengok game yang korang bakal boleh muat turun bermula pada 10 Januari sehingga 6 Februari:

  • Tom Clancy’s The Division (PS4)
  • Steep (PS4)
  • Severed (PS4, PS Vita)

Sempena pelancaran Kingdom Hearts 3 pada tahun hadapan, pengguna PS Plus bakal menerima Hikaru Utada Laughter in the Dark Tour 2018 untuk PlayStation VR. Korang boleh menyaksikan penyanyi lagenda mendendangkan lagu-lagu utama Kingdom Hearts iaitu bertajuk ‘Hikari’ dan ‘Chikai’ melalui kacamata PS VR seperti ditonjolkan dalam trailer di bawah:

 

Bermula tahun 2019, dukacita kami maklum bahawa PlayStation tidak akan menawarkan lagi game percuma untuk platform PS3 dan PS Vita bermula pada 3 Mac 2019 tetapi korang masih lagi boleh main game yang tersimpan dalam library platform berkenaan selepas tarikh itu.

Bagi yang belum lagi dapatkan Gravity Rush 2 dan God Eater 2 secara percuma untuk bulan Disember, pastikan korang rujuk senarai ini dan muat turun kesemua game ini sebelum 9 Januari 2019!

Sumber: PlayStation Asia

RELATED NEWS

+