PMCO: “Saya Amat Berpuas Hati Mereka Dah All Out Pada Hari Terakhir,” – Pengurus VIP Squad, Fattah Zie

Pengurus pasukan ViP Squad, Fattah Zie melahirkan rasa syukur tak terkata sebaik saja menerima berita baik yang pasukan di bawah jagaannya itu berjaya mara ke Grand Final Kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) di Bangkok, Thailand pada awal November ini.

“Alhamdulillah, ViP Squad Senior dapat layak pergi ke Bangkok. 

“Persembahan hari terakhir mereka amatlah memuaskan hati kerana saya tahu mereka telah berikan gaya permainan yang terbaik.

“Sejujurnya saya tidak nampak ada kelemahan mereka perlu diubah tapi keadaan mental (mental state) mereka yang perlu ditajamkan lagi agar fokus mereka tak terganggu,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Fattah berkata, jikalau mental down, pastinya ia akan merosakkan keserasian dibina malah komunikasi antara ahli pasukan juga akan terganggu. 

Penulis juga berpendapat sedemikian yang mana musim liga berlangsung selama empat minggu pastinya menggugat emosi dan mental malah nilai persahabatan mana-mana pasukan pun namun ViP Squad berjaya mengharunginya dengan baik.

“Akhir kata dari kami, skuad ViP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan sepanjang perjalanan jatuh bangun kami.

“Kami berharap anda semua terus menyokong VIP Squad Senior. #SayangLontong,” kata Fattah mengakhiri perbualan.

Grand Final PMCO Asia Tenggara Musim Luruh akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada awal November nanti dan mengumpulkan 16 pasukan teratas bertarung merebut RM418,600. 

Yoodo Gank bersama ViP Squad layak ke kejohanan itu selepas meraih kedudukan ke-13 dan ke-16.

Bagaimanapun, Yoodo turut layak ke Global Final di Kuala Lumpur kerana memperoleh kedudukan paling teratas dalam kalangan pasukan Malaysia lain yang bertanding di liga Asia Tenggara PMCO Fall Split.

 Foto: Fattah Zie | Facebook

RELATED NEWS

+