PMCO: “Takkan Mengaku Kalah, Saya Akan Cuba Yang Terbaik” – SinB Neo

Meskipun tewas dan gagal layak ke Grand Final Kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) pada awal November ini, pasukan Team Secret tetap positif dan tidak ingin memandang ke belakang lagi.

Salah seorang ahlinya, Secret SinB Neo memuat naik status di Facebook page rasminya dengan menulis, “Masa berlalu, dan tiada lagi keajaiban, kejutan dan luluh hati.

“Kembara PUBG Mobile Club Open dah pun berakhir tapi perjuangan kami diteruskan.

“Saya akan teruskan bekerja keras dan cuba menjadi yang terbaik,” katanya.

SinB juga pantang mengalah, mengakhiri kapsyen dengan menulis “Saya takkan mengalah, sama juga seperti anda,” Mungkin dia merujuk kepada pasukan Malaysia lain yang layak ke Grand Final yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand nanti.

Secara keseluruhan Team Secret memungut 514 mata dan gagal untuk mara ke saringan seterusnya iaitu Grand Final PMCO Asia Tenggara Musim Luruh kerana hanya enam belas teratas saja yang layak dan mereka memperoleh tempat ke-20.

Grand Final PMCO Asia Tenggara Musim Luruh akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada awal November nanti dan mengumpulkan 16 pasukan teratas bertarung merebut RM418,600. 

Yoodo Gank bersama ViP Squad layak ke kejohanan itu selepas meraih kedudukan ke-13 dan ke-16.

Bagaimanapun, Yoodo turut layak ke Global Final di Kuala Lumpur kerana memperoleh kedudukan paling teratas dalam kalangan pasukan Malaysia lain yang bertanding di liga Asia Tenggara PMCO Fall Split.

Foto: VSPN / Facebook

RELATED NEWS

+