PMGC: Hari ketiga Super Weekend 1 ditunda kerana gangguan bekalan elektrik

Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) yang sepatutnya berlangsung pada jam lapan malam ini ditunda kerana gangguan bekalan elektrik di studio PMGC, kata penganjur.

Super Weekend 1 ini sepatutnya berakhir hari ini kerana mata dikumpul dalam minggu ini akan dikira untuk ke final. Hanya Super Weekend saja akan mengira mata untuk mara ke final.

Siaran langsung dikatakan akan bersambung kembali pada esok atau Selasa (1 Disember), menurut satu ciapan di akaun rasmi PUBG Mobile Esports di Twitter.

“Objektif kami adalah memberikan pengalaman terbaik kepada semua pasukan terlibat.

“Walaupun ini adalah keputusan yang mengecewakan, ia adalah satu-satunya solusi kami ada berkenaan situasi ini,” tulis kenyataan tersebut.

PMGC mengumpulkan 24 pasukan dari seluruh rantau yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM8.2 juta.

RELATED NEWS

+