"> " /> " />

PMGC: Pasukan 4am mengganas di peta Erangel

Peta pertama super weekend menyaksikan pasukan Team Secret bertarung di peta Erangel.

Mereka pada mulanya telah memberikan asakan kepada pasukan 4AM. Akan tetapi malangnya telah dikepung oleh pasukan Nova Esport seterusnya menyebabkan Uhigh dan juga Rexx digugurkan.

Ishotz dan Madtoi cuba melarikan diri menggunakan kereta akan tetapi telah dibunuh oleh pasukan Nova Esports menjadikan mereka pasukan terawal yang disingkirkan.

Prestasi pasukan 4AM yang konsisten memudahkan mereka ke bulatan terakhir, mereka bertarung dengan pasukan gergasi Indonesia BTR dan juga pasukan dari Nepal Abrupt Slayers.

Pasukan 4AM memberikan persembahan yang terbaik setelah mengumpul 20 kill dan meratakan pasukan BTR dan juga Abrupt Slayers. Mereka mendapatkan WWCD di peta pertama Erangel.

RELATED NEWS

+