PMPL Akan Bersambung Esok, JHunter Dan OnTheGo Kembali Mengulas

Minggu ketiga Liga Profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih Malaysia & Singapura (PMPL MY/SG) akan bersambung esok. 

Dalam satu kenyataan di Facebook, PUBG Mobile juga mengumumkan OnTheGo dan JHunter akan kembali mengulas bersama dalam Bahasa Melayu. Bagi stream Bahasa Inggeris pula, Chuchu dan Sir Cloud akan menghiburkan peminat dari Singapura dan Malaysia.

Minggu ketiga liga ini akan berlangsung dari 31 Mac hingga 5 April kelak.

Setakat dua minggu berlangsung, PMPL MY/SG menyaksikan Bapak Ah Esports di tangga pertama setakat ini dengan 729 mata dan 315 mata pembunuhan. Mengikut rapat adalah Team Secret dengan 686 mata dan Yoodo Gank, 646 mata.

Sebelum ini, liga ini terpaksa ditunda sementara akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sejak 18 Mac. Namun kali ini, penganjur akan mengadakannya secara dalam talian sepenuhnya.

PMPL MY/SG mengumpulkan 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura berentap merebut RM431,000 di mana juara akan menerima RM65,000.

Tiga pasukan terbaik dari PMPL MY/SG 2020 akan mewakili negara mereka untuk berlawan di Liga Pro Finals peringkat Asia Tenggara. Dari situ, mereka yang layak akan ke Liga Dunia PUBG Mobile 2020.

RELATED NEWS

+