Pasukan No Recoil akhirnya mempamerkan prestasi yang mengagumkan pada hari pertama minggu kedua Liga Profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PMPL) Malaysia & Singapura hari ini."> Pasukan No Recoil akhirnya mempamerkan prestasi yang mengagumkan pada hari pertama minggu kedua Liga Profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PMPL) Malaysia & Singapura hari ini." /> Pasukan No Recoil akhirnya mempamerkan prestasi yang mengagumkan pada hari pertama minggu kedua Liga Profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PMPL) Malaysia & Singapura hari ini." />

PMPL: Chicken Dinner Pertama Bagi Team No Recoil

Pasukan No Recoil akhirnya mempamerkan prestasi yang mengagumkan pada hari pertama minggu kedua Liga Profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PMPL) Malaysia & Singapura hari ini.

Di bulatan terakhir, pasukan No Recoil berjaya survive pada saat akhir dengan menyorok di belakang batu, meninggalkan ahli pasukan Dingo NZ, Macel berseorangan. Selepas itu, mereka terus meratakan satu-satunya pemain malang itu lantas melayakkan mereka menerima Chicken Dinner pertama.

Mereka berada di kedudukan ketiga setakat perlawanan ketiga hari ini.

Dingoz MZ memenangi WWCD pertama dan Bapak Ah mengikuti rapat dengan WWCD kedua hari ini.

PMPL Malaysia dan Singapura berlangsung selama tiga minggu.

Bagi tiga pasukan terbaik untuk musim liga, mereka akan mewakili negara ke Final Asia Tenggara PMPL 2020 pula.

Sebanyak RM621,000 hadiah wang tunai terkumpul ditawarkan bagi keseluruhan liga ini.

RELATED NEWS

+