PMPL Malaysia Dan Singapura Ditangguhkan Kerana Wabak COVID-19

Liga Profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang memasuki minggu akhir akan ditunda berikutan wabak COVID-19 yang menular sekarang.

Tambahan, Perintah Kawalan Pergerakan pada esok hingga 31 Mac yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi menguatkan lagi tindakan ini.

Dalam gambar di atas, Tencent mengutamakan keselamatan kesemua kakitangan dan pemain yang terlibat dalam PUBG Mobile Esports termasuklah krew produksi IO Esports yang menjalankan acara ini.

Buat masa ini, berita lanjut akan menyusul jika ada sebarang perubahan dari pihak mereka.

Sebelum ini, PMPL Malaysia dan Singapura dijadualkan berlangsung selama tiga minggu.

Bagi tiga pasukan terbaik untuk musim liga, mereka akan mewakili negara ke Final Asia Tenggara PMPL 2020 pula.

Sebanyak RM621,000 hadiah wang tunai terkumpul ditawarkan bagi keseluruhan liga ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+