PMPL: Minggu pertama berakhir, Team Secret di tangga pertama

Minggu pertama Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/SG) Musim Kedua sudah pun berakhir dan Team Secret sedang menerajui di tangga pertama. Pasukan yang pernah menyertai Liga Dunia Timur ini mengumpulkan keseluruhan 204 mata dengan 95 mata bunuh. 

Team Secret juga adalah satu-satunya pasukan yang meraih Winner Winner Chicken Dinner terbanyak iaitu sebanyak empat kali.

 

Pasukan J8 Esports juga tidak kurang hebatnya dengan 180 mata keseluruhan dan 84 mata bunuh. J8 berjaya meraih 3 bilangan WWCD.

Bagi pasukan nombor satu Asia Tenggara, Yoodo Gank tidak kurang juga hebatnya dengan 178 mata di tempat ketiga. Walaupun hanya satu WWCD, mereka tetap konsisten dan berjaya raih top 3.

EVOS VIP pula raih 150 mata keseluruhan dengan satu WWCD.

Di halaman kedua, pasukan Ezzy LX di tempat selamat pada ranking ke-9 dengan 136 mata keseluruhan. Di tempat kesembilan hingga keenambelas, hanya dua pasukan iaitu Ezzy dan Tara Asasino yang meraih dua WWCD setakat ini.

Sementara itu, di halaman terakhir, pasukan wanita PUBG Mobile dari Singapura, Powerpuff Girls (PPG) pula raih dua WWCD dan berada di kedudukan dua tercorot. 

Namun begitu, pasukan di tangga ke-20 hingga terakhir tidak banyak perbezaan markah dan berpeluang membuat comeback.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.

Lihat perlawanan epik berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+