PMPL: Perlawanan empat penjuru dimenangi Team Secret

Perlawanan liga kedua pada hujung minggu pertama Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/SG) Musim 2 dimenangi oleh Team Secret! Ini merupakan kemenangan ketiga pasukan tersebut di kejohanan ini.

Kemenangan ini tidak diperoleh dengan mudah oleh Team Secret. Semasa hanya lima pasukan masih kekal dalam perlawanan, mereka bertempur dengan pasukan-pasukan hebat seperti Yoodo Gank, EVOS VIP, Dingoz MZ, dan Team SMG.

Selepas diserang Team SMG, Yoodo Gank menjadi pasukan pertama disingkirkan. Malangnya, semua pasukan kecuali Team Secret hanya tinggal seorang pemain pada waktu itu. Team Secret hanya kehilangan IShotZ.

Jumlah pemain yang tinggi menjadi kekuatan utama Team Secret pada waktu tersebut dan mereka dengan pantas menewaskan ketiga-tiga pasukan lawan.

Ini merupakan Winner Winner Chicken Dinner pertama Team Secret pada hari ini dan mereka kini menduduki tempat kedua dengan 115 jumlah mata. Yoodo Gank masih di tempat pertama dengan 137 jumlah mata.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+