PMPL Recap: Team Secret dan Yoodo Gank layak ke Final Asia Tenggara

Dua pasukan profesional PUBG Mobile negara, Team Secret dan Yoodo Gank layak secara terus untuk bertanding di Final Liga Profesional PUBG Mobile peringkat Asia Tenggara (PMPL SEA) Fall Split selepas mempamerkan prestasi yang cemerlang di peringkat liga PMPL MY/SG musim kedua baru-baru ini.

Bagi pasukan Team Secret, mereka memang layak secara terus kerana menjuarai musim liga yang berlangsung selama minggu. Dalam liga tersebut, Team Secret berjaya mengumpul keseluruhan 760 mata antara 15 pasukan Malaysia yang lain.

Bagi pasukan Yoodo Gank pula, mereka berada di tempat kesembilan di PMPL MY/SG musim kedua dan memperoleh slot tersebut (final SEA) kerana kekal juara musim lalu di peringkat rantau Asia Tenggara. 

Walaubagaimanapun, kedua-dua pasukan ini akan tetap berentap di Final PMPL MY/SG Musim Kedua bagi merebut hadiah terkumpul kira-kira RM207,550. 

Di bawah adalah skor bagi pasukan-pasukan lain yang akan bertanding di Final PMPL MY/SG Musim Kedua.

Team Secret memperoleh 10 Winner-Winner Chicken Dinner sepanjang liga berlangsung, diikuti rapat oleh J8 Esports dengan 627 mata dan 8 WWCD.

Team SMG memperoleh 9 WWCD namun di tempat keempat dengan 582 mata. Axis NRL MPX pula di tempat ketiga dengan 617 mata.

Damansara Esports dilihat konsisten selepas kemasukan jurulatih baru, Sean “BadMan” Tan.

Yoodo Gank pula di tempat kesembilan dengan 4 WWCD dan 549 keseluruhan mata. 

Terdapat empat pasukan Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC 2020) yang layak ke final sejak bermain di PMPL ini. Mereka adalah:

  • LX Esports (kini dikenali sebagai Ezzy LX) – dari Pahang
  • Marlino – dari Johor
  • TRX Elementus – dari Sarawak
  • Team Bosskurr (dari PMPL S1)

Final ini akan bermula pada 25 September hingga 27 September kelak. Hanya dua pasukan teratas akan layak ke SEA Final.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+