PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!

Nampaknya peminat PUBG Mobile serata negara boleh ‘menang besar’ pada minggu Grand Final Liga Profesional (PMPL) Musim Kedua bermula Jumaat hingga Ahad ini. 

PUBG Mobile mengadakan cabutan bertuah yang terdiri daripada peranti pintar, kod, poster, kerusi gaming dan macam-macam lagi. Semestinya hadiah utama adalah Perodua Myvi.

  

Mengikut foto di atas, hadiah cabutan bertuah adalah seperti berikut:

  • Hadiah utama – Sebuah Perodua Myvi (penonton siaran langsung serentak seramai 250 ribu orang)
  • Hadiah kedua –  4 unit Iphone SE dan satu unit Iphone 11 Pro Max (penonton siaran langsung serentak seramai 200 ribu orang)
  • Hadiah ketiga – 10 unit Airpods Pro dan 5 unit Kerusi Gaming (penonton siaran langsung serentak seramai 160 ribu orang)
  • Hadiah keempat – 30 unit gift cards App Store & Itunes dan Google Play Store berserta 10 unit Powerbank (penonton siaran langsung seramai 130 ribu orang)
  • Hadiah kelima – 50 unit Poster PMWL Musim 0 bagi pasukan Team Secret dan Yoodo Gank (penonton siaran langsung seramai 100 ribu orang)

Bagaimanapun, dalam posting tersebut tidak diberitahu cara-cara untuk menang hadiah ini. Berkemungkinan mereka akan menunjukkan cara-caranya di ruangan komen kelak.

Ini adalah kesemua 16 pasukan yang akan bertanding bermula esok hingga Ahad.

Saksikan siaran langsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+