#PMPLSEA: Yoodo Gank garang, berjaya Chicken Dinner

Perlawanan seterusnya menyaksikan pasukan Malaysia beraksi di peta Miramar, dan kali ini bulatan telah memihak kepada pasukan Geekfam, pasukan Yoodo Gank telah mendapatkan 5 mata bunuh setelah meratakan pasukan Aura dari Indonesia. Pasukan GeekFam terus mempamerkan aksi yang menarik setelah berjaya meratakan pasukan PW88. 

Tidak kurang juga pasukan Yoodo Gank di dalam aksi mereka meratakan pasukan Box Gaming di mana Jumper dan Fredo telah membuat pusingan yang baik dan mengepung musuh. Bulatan akhir menyaksikan pasukan Yoodo Gank bertarung dengan pasukan RRQ, BTR dan juga Aerowolf. Ryzen dari pasukan BTR menjatuhkan ahli pasukan Yoodo Gank akan tetapi berjaya diselamatkan oleh ahli pasukan yang lain. 

Seterusnya pasukan Yoodo Gank akhirnya mendapat WWDC setelah aksi Fredo dan Rexx yang telah mengepung pasukan Aerowolf. Tahniah diucapkan pada pasukan Yoodo Gank.

 

Peta kedua, Miramar

Pasukan Team Secret membuka aksi perlawanan di peta Miramar dengan meratakan pasukan Aura dari Indonesia.  uHigh menggunakan shotgun dengan cekap menyumbang banyak terhadap perlawanan itu. Akan tetapi mereka telah kehilangan 2 ahli mereka iShotz dan juga Madtoi, terus menjadikan pasukan mereka sedikit lumpuh untuk terus berjuang.

Manakala pasukan Geek Fam bergerak dari arah kanan peta memasuki bulatan, bulatan di peta Miranmar kali ini memihak kepada mereka. Mereka perlu bertarung dengan pasukan Team Secret Jin untuk mendapatkan tempat di dalam bulatan tersebut. Pasukan Aerowolf juga dilihat di bahagian bawah ingin memasuki bulatan.

Gergasi Indonesia, pasukan BTR berjaya menjatuhkan 2 orang dari pasukan MSG. Akan tetapi, pasukan Geek Fam telah mengepung mereka dan terus diratakan. Seterusnya, pasukan Geek Fam terus beraksi dengan membunuh pasukan Aerowolf yang ingin memasuki bulatan. Mereka tidak bernasib baik setelah digagalkan oleh pihak musuh di tangga ke-13. 

Selain itu, pasukan Yoodo Gank telah diratakan oleh pasukan Team Secret Jin setelah Jumper dan Drax dijatuhkan. Harapan Malaysia pada peta Miranmar hanyalah tinggal pasukan Team Secret yang berbekalkan uHigh dan Rexx untuk mendapat WWCD. uHigh telah dijatuhkan dan Rexx telah menghidupkan uHigh akan tetapi oleh kerana kekurangan ahli, pasukan mereka akhirnya diratakan oleh pasukan Team Secret Jin. Pasukan Team Secret Jin menjadi pasukan pertama mendapatkan double chicken setakat ini. 

Pasukan Team Secret setakat ini telah berjaya menduduki kedudukan ke-2 di keseluruhan ranking dengan 78 mata. Manakala pasukan Geek Fam telah jatuh di kedudukan ke-5 dengan 74 mata.

 

 

RELATED NEWS

+