Pokémon Mungkin Ada Mobile Game Baru Sedang Dalam Pembangunan

Bila sebut tentang Pokémon di mobile, korang mesti teringat Pokemon GO kan?

Pembangun rasmi untuk beberapa game mobile Nintendo, DeNA sedang dalam perancangan untuk membangunkan Pokémon bagi peranti mobile.

Menurut laporan kewangan DeNA tahun 2018, DeNA menyatakan perancangan bisnes seterusnya adalah menjalinkan kerjasama bersama The Pokémon Company untuk lancarkan game mobile Pokémon baru.

DeNA dan Nintendo memeterai kerjasama lumayan dalam menghasilkan game mobile berdasarkan harta intelektual Nintendo seperti Super Mario Run, Animal Crossing: Pocket Camp dan bakal melancarkan Mario Kart Tour pada sekitar musim panas 2019.

Namun, itu sahaja yang diumumkan oleh DeNA. Setakat ini, tiada berita yang mengatakan jenis game Pokemon apa yang bakal hadir di mobile. Adakah ia akan mengikut gaya sama seperti Pokémon GO yang berjaya menawan hati seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2016 ataupun gaya berlainan?

Baca lagi: Pokemon GO Akan Diterjah Oleh Detective Pikachu Selama 10 Hari!

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh rasmi dan gaya permainan mobile Pokémon diumumkan oleh pihak rasmi. Sama-sama kita nantikan pengumuman ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: VG24/7

RELATED NEWS

+