Pra-tempah Samsung Galaxy Note20 Ultra dan dapatkan Samsung Galaxy Buds Live secara percuma!

Samsung telah mengadakan acara Galaxy Unpacked 2020 semalam dan mereka mendedahkan beberapa produk baharu iaitu Samsung Galaxy Note20, Note20 Ultra, dan Galaxy Watch 3 yang kini boleh dipra-tempah di pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy Note20 dan model-model yang berkaitan merupakan versi terbaru telefon pintar Galaxy Note dan ia boleh dikatakan sebagai telefon pintar paling premium dalam katalog Samsung.

Antara penambahbaikkan Samsung Galaxy Note20 berbanding model Galaxy Note sebelum ini adalah S Pen kini mempunyai kependaman (latency) 9 milisaat. Ini mewujudkan tahap respon yang boleh dikatakan hampir serta-merta.

Terdapat tiga model berbeza Samsung Galaxy Note20 yang boleh dipra-tempah oleh pengguna Malaysia iaitu Samsung Galaxy Note20, Galaxy Note20 5G, dan Galaxy Note20 Ultra 5G.

Berikut adalah senarai harga pra-tempah serta barangan bonus untuk model-model tersebut:

  • Samsung Galaxy Note20 – RM3,899 + hadiah eksklusif percuma Samsung Galaxy Buds+ bernilai RM599
  • Samsung Galaxy Note20 5G – RM4,299 + hadiah eksklusif percuma Samsung Galaxy Buds+ bernilai RM599
  • Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G – RM5,199 + hadiah eksklusif percuma Samsung Galaxy Buds Live RM699

Salah satu kelebihan model Samsung Galaxy Note20 Ultra ialah ia mempunyai paparan beresolusi 1440p. Jika anda lebih gemar kadar segar semula yang lebih tinggi, skrin tersebut juga boleh ditetapkan pada 1080p 120Hz.

Terdapat dua model berbeza Samsung Galaxy Watch 3 yang boleh dipra-tempah di Malaysia, satu model bersaiz 41mm dan satu lagi model bersaiz 45mm.

Samsung menyatakan bahawa Samsung Galaxy Watch 3 mempunyai fungsi pemantau kesihatan paling maju dalam sebuah jam tangan pintar. Ia mempunyai pengukur oksigen dan juga pengesan kejatuhan.

Samsung Galaxy Watch 3 41mm boleh dipra-tempah pada harga RM1,699 dan model 45mm pula boleh dipra-tempah pada harga RM1,799. Kedua-duanya akan datang bersama hadiah eksklusif percuma Samsung Galaxy Wireless Charging Pad bernilai RM239.

Semua produk di atas boleh dipra-tempah melalui laman Lazada rasmi Samsung. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas, anda boleh melayari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+